Hi, how can we help?

Returns & Refunds

Raising requests
Resolution
Disputes

[Pulangan Bayaran Balik] Bilakah saya boleh memohon Pulangan/Bayaran Balik dan bagaimana caranya?

Bahasa Malaysia | English

 

Anda boleh meminta untuk Pulangan/Bayaran Balik apabila pesanan berada di bawah tab ‘Untuk Diterima’. Anda harus meminta untuk Pulangan/Bayaran Balik jika anda menghadapi perkara berikut:

 

  • Bungkusan tidak dihantar
  • Bungkusan dihantar tetapi item hilang
  • Terima produk yang salah
  • Menerima produk yang tidak berfungsi
  • Menerima produk palsu/tiruan
  • Menerima item rosak
    • Cecair/isi tertumpah
    • Produk hancur/pecah
    • Pembungkusan luar rosak
    • Calar/kemek
    • Jenis kerosakan lain 

 

Shopee akan menyediakan penyelesaian berdasarkan sebab tambahan yang dipilih.

 

Sila ambil perhatian bahawa jika pesanan anda telah selesai, sila ikuti langkah-langkah dalam artikel tersebut untuk penyelesaian ‘Bolehkah saya membuat permintaan Pulangan/Bayaran Balik selepas memilih Pesanan Diterima?’.

 

Cara untuk meminta Pulangan/Bayaran Balik?

 

 

Langkah 1: Pergi ke tab ‘Saya’ melalui aplikasi Shopee dan cari pesanan anda dalam tab ‘Untuk Diterima

Langkah 2: Klik pada pesanan anda

Langkah 3: Tekan pada butang ‘Permohonan Pulangan/Bayaran Balik

Langkah 4: Pilih antara ‘Saya telah menerima semua barang tetapi terdapat masalah' dan 'Saya tidak menerima item saya'

Langkah 5: Pilih sebab untuk permohonan anda.

Langkah 6: Kilk butang ‘Sah

Langkah 7: Beri penjelasan tentang permintaan anda dan masukkan bukti gambar (anda boleh masukkan 1-3 gambar)

Langkah 8: Tekan butang ‘Hantar

 

 

Anda hanya boleh membuat permintaan Pulangan/Bayaran Balik selepas pesanan anda melepasi Tarikh Anggaran Penghantaran atau sebaik sahaja pesanan telah dihantar. Butang Pulangan/Bayaran Balik akan dikelabukan jika tidak dan mesej ralat akan muncul apabila anda terus mengklik butang tersebut.

 

 

Menyusul kes anda

 

Selepas anda berjaya meminta Pulangan/Bayaran Balik, ia akan mengambil tempoh masa 2 hari bekerja bagi pasukan Shopee untuk membuat keputusan tentang permohonan anda. Anda boleh menyemak maklumat tentang kes anda melalui butang ‘Bincang

 

*Butang ‘Bincang’ juga membolehkan anda untuk mengemas kini dokumen sokongan tambahan (gambar) untuk membantu kes anda dengan lebih lanjut.

 

*Anda dinasihati untuk memerhatikan kes tersebut untuk bertindak balas tepat pada masanya sekiranya Ejen Shopee memerlukan bukti tambahan daripada pihak anda. Sila merujuk artikel kami ‘Apakah bukti sokongan efektif yang perlu dihantar untuk permintaan pulangan/bayaran balik (return/refund)?’.

 

Was this article helpful?
Yes
No